Sejarah Google dimulakan dan dicetuskan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada tahun 1996. Pada Ketika itu, kedua-dua mahasiswa yang merupakan pelajar di Stanford University, California yang bekerjasama mengembangkan enjin pencari bernama BackRub, yang dioperasikan menggunakan server di kampus mereka.
Pada tahun 1997, Larry dan Sergey mengganti nama BackRub menjadi Googol. "Googol" merupakan istilah matematika untuk angka 1 yang diikuti oleh 100 angka sifar. Nama ini diambil untuk menjelaskan misi Google sebagai gudang informasi tiada batasan di internet. Namun, para pelabur telah salah mengeja nama Googol kepada Google, dan telanjur menuliskannya ke atas kertas cek. Hal ini membuatkan Larry dan Sergey akhirnya bersetuju untuk menggunakan nama Google sebagai pencari mereka dan didaftarkan pada 15 September 1997 dan syarikat mereka didaftarkan pada 04 September 1998 yang terletak kawan iaitu Susan Wojcicki. Susan Wojcicki merupakan pekerja pertama di dalam syarikat tersebut.
Pada Mac 1999, Syarikat kemudiannya berpindah ke Palo Alto. Kemudian setelah membangun dengan cepat dan mengatasi website lainya, perusahaan ini menyewa sebuah komplek bangunan di Mountain View di 1600 Amphitheatre Parkway dari Silicon Graphics (SGI).
No comments:
Post a Comment